Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti mana termaktub dalam perkara 152(1)
Perlembagaan Malaysia haruslah diamalkan dan dihayati oleh seluruh rakyat
Malaysia multi etnik sebagai lambang identiti kewarganegaraan bagi
mempertingkatkan lagi jati diri mereka terhadap negara. Malahan faktor utama
penetapan dasar satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan adalah sebagai alat
pemersatu bangsa multi etnik bagi menjamin perpaduan seterusnya menjana
kemajuan dalam membina peradaban Malaysia yang gemilang.
Oleh
yang demikian, segala cabaran harus ditangani secara bersama tidak kira dari
peringkat atasan sehingga ke peringkat bawahan, dari peringkat kerajaan
seterusnya kepada sikap rakyat jelata agar peradaban yang unggul dapat terbina
dalam ruang lingkup budaya tersendiri kerana ciri asas sebuah peradaban adalah
bahasa mereka. Biasanya sesuatu kelompok akan sentiasa sensitif terhadap
cabaran, persaingan dan kelunturan yang mungkin dihadapi oleh bahasa dan budaya
mereka. Sesuatu kelompok akan menjadikan pemuliharaan bahasa dan budaya sebagai
satu agenda bersama, dan aspek inilah yang menyebabkan mereka berasa bersatu
(Zulkifley Hamid, 2012: 225).
No comments:
Post a Comment