Thursday, February 20, 2020

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Image result for BOOK cartoon
      1. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu/akademik
Faktor globalisasi dan kepelbagaian seringkali memaksa kita memilih satu – satu bahasa sebagai bahasa antarabangsa sekaligus diangkat sebagai bahasa ilmu. Jika diteliti dan diperhalusi, faktor globalisasi dan kepelbagaian juga sebenarnya memberi ruang kepada bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu yang penting dalam konteks di Malaysia. Dengan kata lain, bahasa Melayu sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras – laras bahasa untuk memperkata pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden sebagaimana maksudnya sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar ilmu pengetahuan iaitu alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran dan undang – undang.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan ini boleh dicapai melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Maka perancangan dan pelaksanaan bahasa baku telah dijalankan yang bertujuan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam penggunaannya.
Bahasa Melayu yang juga menjadi bahasa pengantar ilmu di pusat pengajian tinggi di mana ia telah dipraktikkan di Universiti Kebangsaan Malaysia dari awal penubuhan sehingga kini. Universiti tersebut telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam bahasa Melayu, mengeluarkan ratusan tesis pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran juga dalam bahasa Melayu.  Malahan para profesor turut menyampaikan kuliah dalam bahasa Melayu.

 Image result for bahasa melayu bahasa kebangsaan
      2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Bagi sesetengah negara, bahasa rasmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan  bahasa kebangsaan.
Dalam konteks Malaysia, khasnya sistem pendidikan, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran dan dokumentasi sistem pendidikan. Ianya tergolong dalam bahasa inklusif di mana bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa – bahasa sedia ada. Bahasa rasmi juga dianggap sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian, dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan di setiap peringkat dan jabatan dalam sektor pendidikan.

 Image result for cartoon exam paper
 3. Bahasa Melayu sebagai bahasa peperiksaan
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar diperkuatkan lagi dalam sistem peperiksaan dengan menjadikan kelulusan dalam matapelajaran bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan sijil. Bermula dengan penggubalan soalan hinggalah soalan itu ditadbir, bahasa Melayu tetap memainkan peranannya sebagai bahasa peperiksaan utama. Begitu juga bahasa Melayu menjadi syarat wajib untuk pelajar lulus dalam ujian lisan bahasa Melayu. Soalan – soalan yang disediakan bagi setiap  mata pelajaran juga menggunakan bahasa Melayu melainkan mata pelajaran – mata pelajaran tertentu seperti bahasa Inggeris, Tamil, dan Cina.

No comments:

Post a Comment

                                            DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM TAJUK : MEMBUDAYAKAN BAHASA MALAYSIA...