Thursday, February 20, 2020

                                           Image result for POLISAS LOGO

DUA 6022:
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

TAJUK :

MEMBUDAYAKAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. KIRTHANA A/P KESVARAN (O2DLS17F2004)
2. YOSHINI A/P MUNIANDY (02DLS15F2045)
3. NUR LIZA BT MOHD ZAHAR (O2DLS17F2006)
4. ANIS ASSYAKIRIN BT MOHD ZAHIR (02DLS17F2036)
5. NUR FARAH HIDAYU BT ISMAIL (02DLS17F2042)
6. NUR NALIESHA AMEERA BT KAVINDRAN (O2DLS17F2066)

PENGENALAN

                                                      Image result for CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN
Apabila bahasa Inggeris diturunkan statusnya selepas 10 tahun kemerdekaan, perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam pendidikan menjadi semakin menyakinkan. Bahasa Inggeris hanya tidak digunakan lagi dalam upacara-upacara rasmi kerajaan, di pejabat-pejabat kerajaan atau sebagai bahasa pengantar di universiti dan sekolah-sekolah, tetapi dalam bidang perundangan, perniagaan, perbankan, perubatan, pergigian dan sektor swasta masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam urusan mereka (Asmah Hj.Omar, 2003a:73). Bahasa Inggeris kembali memberi cabaran terhadap bahasa Melayu apabila kerajaan memperkenalkan polisi penswastaan dan pensyarikatan apabila pengkorporatan institusi pengajian tinggi awam dan pusat pendidikan tinggi swasta diwujudkan. Ini bermakna berlakunya perubahan dasar terhadap bahasa dan pendidikan negara yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dengan lebih luas lagi. Gejala ini menjadikan martabat dan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu tercabar.

PERANAN BAHASA KEBANGSAAN


Peranan bahasa kebangsaan dapat dilihat dari pelbagai perspektif antara sebagai pembentukan identiti kewarganegaraan dan perpaduan antara kaum multietnik. Bahasa kebangsaan juga berperanan penting dalam bidang pendidikan sebagai bahasa pengantar ilmu dan mekanisma kemajuan negara. Justeru, bahagian ini akan mengupas setiap peranan bahasa kebangsaan seperti yang telah dinyatakan. 

PERANAN DAN KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

                                           Image result for PERPADUAN KAUM CARTOON
1. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan Kaum
 Kepelbagaian fungsi bahasa Melayu ini turut mempunyai kepentingannya yang tersendiri di mana  bahasa Melayu amat penting dalam menyatupadukan kaum – kaum di Malaysia. Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara, menunjukkan bahawa terdapat semangat 1Malaysia yang ditonjolkan. Hal ini kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat dan majoriti penduduk di negara ini adalah bangsa Melayu, iaitu melebihi lima puluh peratus daripada kaum – kaum yang lain dan bahasa Melayu telah digunakan sejak dari awal lagi iaitu sebelum kedatangan kaum Cina dan India di Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu didatangi kaum Cina dan India, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Kaum Cina dan India ini bersedia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara pelbagai kaum.

Kenyataan ini dapat dilihat dalam konteks sekolah wawasan di mana di bawah satu bumbung yang sama guru – guru  dan murid – murid dapat mewujudkan dan memelihara perpaduan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu boleh dijadikan alat untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dengan menggunakan satu bahasa yang sama seterusnya diharapkan ia dapat membangunkan negara. Pelbagai kaum menggunakan satu bahasa yang mudah untuk difahami oleh semua orang, kita dapat menyampaikan maksud sesuatu perkara kepada orang lain dengan berkesan. Bahasa Melayu dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan  antara penduduk  berbilang kaum. Perpaduan di negara ini amat penting bagi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.

Image result for communication cartoon

2. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi
 Komunikasi bermaksud perhubungan di antara orang dengan orang atau antara organisasi dengan organisasi, dengan menggunakan bahasa atau isyarat. Komunikasi ini boleh berbentuk lisan atau tulisan dalam erti kata yang tradisional. Bahasa ialah alat komunikasi yang menjadi media bagi seseorang untuk berhubung antara satu sama lain, melahirkan perasaan, fikiran, kehendak dan sebagainya. Malahan bahasa juga merupakan satu media untuk menguasai sesuatu bidang pengetahuan supaya memperoleh kecekapan dan kemahiran belajar dan mengajar iaitu menerima dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Seseorang boleh meluaskan pemikiran dan pengetahuan serta membolehkannya menjadi sebahagian daripada ahli masyarakatnya.
Komunikasi banyak hala ini dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan untuk menyatakan cadangan dan pandangan serta perkongsian idea, permasalahan dalam pendidikan mahupun interaksi harmoni dengan masyarakat setempat.

Image result for LEARNING SEASON CARTOON
      3. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam apa jua mata pelajaran, kita tidak dapat melepaskan diri daripada menggunakan bahasa. Oleh sebab itulah dikatakan, “bahasa merentasi kurikulum” kerana bahasa merangkumi seluruh bidang pelajaran dalam sistem pendidikan, baik pendidikan secara formal mahupun tidak formal. 

  Image result for kuala lumpur cartoon

4.  Sebagai Mekanisma Kemajuan
Bahasa yang saling difahami oleh semua kaum dan juga oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah negara menjadi mekanisma penting dalam menjamin kemajuan yang seimbang dan menyeluruh. Justeru, negara dapat dibangunkan dengan menggembleng keseluruhan sumber daya tenaga manusia yang ada pada rakyatnya tanpa mengira bangsa dan lapisan sosial. Penggemblengan yang menyeluruh ini membolehkan keuntungan negara dikongsi secara bersama oleh seluruh rakyat di dalamnya tanpa perlu mengharapkan kemahiran luar yang mana menyebabkan aliran wang keluar yang banyak. Alangkah baik aliran keluar wang ini dinikmati oleh rakyatnya sendiri yang mana tenaga mereka dapat digembleng untuk menjana ekonomi negara sendiri.

Usaha penggemblengan tenaga ini haruslah diasaskan dengan penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua sektor pekerjaan. Apabila bahasa kebangsaan dimartabatkan di semua sektor pekerjaan bukan sahaja sektor kerajaan malahan turut digalakkan ke dalam sektor-sektor swasta maka semua rakyat dapat diberikan peluang yang sama rata untuk terlibat dalam sektor terbabit. Apabila peluang yang sama rata ini diberikan maka jurang ekonomi antara etnik dan wilayah dapat dikurangkan.

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Image result for BOOK cartoon
      1. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu/akademik
Faktor globalisasi dan kepelbagaian seringkali memaksa kita memilih satu – satu bahasa sebagai bahasa antarabangsa sekaligus diangkat sebagai bahasa ilmu. Jika diteliti dan diperhalusi, faktor globalisasi dan kepelbagaian juga sebenarnya memberi ruang kepada bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu yang penting dalam konteks di Malaysia. Dengan kata lain, bahasa Melayu sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras – laras bahasa untuk memperkata pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden sebagaimana maksudnya sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar ilmu pengetahuan iaitu alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran dan undang – undang.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan ini boleh dicapai melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Maka perancangan dan pelaksanaan bahasa baku telah dijalankan yang bertujuan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam penggunaannya.
Bahasa Melayu yang juga menjadi bahasa pengantar ilmu di pusat pengajian tinggi di mana ia telah dipraktikkan di Universiti Kebangsaan Malaysia dari awal penubuhan sehingga kini. Universiti tersebut telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam bahasa Melayu, mengeluarkan ratusan tesis pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran juga dalam bahasa Melayu.  Malahan para profesor turut menyampaikan kuliah dalam bahasa Melayu.

 Image result for bahasa melayu bahasa kebangsaan
      2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Bagi sesetengah negara, bahasa rasmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan  bahasa kebangsaan.
Dalam konteks Malaysia, khasnya sistem pendidikan, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran dan dokumentasi sistem pendidikan. Ianya tergolong dalam bahasa inklusif di mana bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa – bahasa sedia ada. Bahasa rasmi juga dianggap sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian, dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan di setiap peringkat dan jabatan dalam sektor pendidikan.

 Image result for cartoon exam paper
 3. Bahasa Melayu sebagai bahasa peperiksaan
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar diperkuatkan lagi dalam sistem peperiksaan dengan menjadikan kelulusan dalam matapelajaran bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan sijil. Bermula dengan penggubalan soalan hinggalah soalan itu ditadbir, bahasa Melayu tetap memainkan peranannya sebagai bahasa peperiksaan utama. Begitu juga bahasa Melayu menjadi syarat wajib untuk pelajar lulus dalam ujian lisan bahasa Melayu. Soalan – soalan yang disediakan bagi setiap  mata pelajaran juga menggunakan bahasa Melayu melainkan mata pelajaran – mata pelajaran tertentu seperti bahasa Inggeris, Tamil, dan Cina.

LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

 Image result for bahasa jiwa bangsa
  ' Bahasa jiwa bangsa'itulah frasa yang paling sesuai untuk menunjukkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia.-Pelbagai polemik  telah dibangkitkan  sejak akhir ini -membicarakan identiti bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun yang bernama Malaysia.- Menurut kamus pelajar,memartabat bermaksud - melestarikan sesuatu supaya ia menjadi kekal seperti sediakala.Sejak kebelakangan ramai masyarakat malu untuk menggunakan bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu.- Ini menjejaskan imej negara - bahasa melayu bahasa nasional kita.- Persoalannya apakah langkah-langkah memartabatkan bahasa melayu?

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalamkalangan masyarakat agar cintakan  bahasa melayu.-Contohnya,DBP perlu bekerjasama denagn pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa melayu.-sekiranya bahasa bahasa melayu  semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain.'duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bahasa antarabangsa yang lain. 

kita mestilah melibatkan diri dalam komuniti - seperti di sekolah atau badan-badan lain yang relevan.- contohnya di sekolah boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa melayu -melambangkan jati diri bahasa melayu di dalam kelas.-Boleh menjalani program sekolah yang mempromosikan bengkel bahasa melayu.

Memupuk kesedaran tentang kepentingan bahasa melayu dalam kalangan anak-anak sejak azali lagi.-kesedaran tersebut perlulah dimainkan peranan oleh ibu bapa dan guru.-contonya, ibu bapa mestilah menggunakan bahasa yang betul apbila bertutur dengan anak-anak.-sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak azali seperti kata peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa .

Akhir sekali,seorang individu boleh memainkan peranan dalam isu ini dengan bertutur bahasa melayu.-Memelihara bahasa melayu tanggungjawab kita bersama.-bahasa melayu lambang identiti kita.

CABARAN MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN

Walaupun bahasa kebangsaan diangkat sebagai simbol kenegaraan Malaysia namun masih terdapat cabaran-cabaran yang harus ditempuh untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini ke dalam hati seluruh rakyat Malaysia. Bahasa kebangsaan masih dilihat belum dapat menjalankan peranannya secara menyeluruh disebabkan oleh beberapa cabaran yang perlu dihadapi antaranya dasar dan polisi yang dilaksanakan oleh Kerajaan masih belum dapat mengangkat bahasa ini ke peringkat yang lebih tinggi. Kemudian cabaran globalisasi yang berjaya mengangkat bahasa Inggeris ke hati seluruh masyarakat dunia. Seterusnya sikap rakyat Malaysia sendiri yang sering memperlekehkan dan memandang rendah terhadap kemampuan bahasa kebangsaan.


   Image result for JATA NEGARA CRTOON
     1.   DASAR DAN POLISI NEGARA
Kerajaan berperanan penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan melalui pengukuhan dasar mengenainya. Dasar dan polisi harus dilaksanakan dengan lebih tegas dalam memastikan bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa serta lapisan masyarakat. Dasar bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan perlu jelas dan kukuh agar sebarang perubahan yang ingin dilaksanakan dapat dirujuk kembali kepada dasar yang telah termaktub. Namun didapati, fasal 152(1) Perlembagaan Persekutuan adalah amat terbuka dan hal ini menyebabkan status dan kedudukan bahasa di negara ini ditafsir secara berbeza (Haris, 1990:102-103). Ini kerana terdapat beberapa pihak yang cuba memperjuangkan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan dengan hanya mengambil kira  pengecualian di fasal 152(1)(a) dan 152(1)(b) yang tidak melarang sesiapa untuk menggunakan atau mengajar bahasa lain dan hak kerajaan Persekutuan dan hak Kerajaan Negeri bagi meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa lain.

Image result for GLOBALISASI
      2.  GLOBALISASI
Globalisasi didefinisikan sebagai keberhubungan aktiviti-aktiviti manusia secara global dalam aspek pengaliran modal dan buruh, teknoologi dan kemahiran, pemikiran dan nilai, gaya hidup dan cita rasa, yang merentasi sempadan negara dan bangsa (Hashim Musa, 2005: 209). Globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan menyebabkan manusia dari seluruh dunia saling berinteraksi sama ada secara nyata atau maya. Oleh itu, bagi memudahkan proses pengadaptasian kepada era globalisasi ini, pemerkasaan bahasa Inggeris dianggap penting. Namun, keperluan kepada pemerkasaan bahasa Inggeris ini dilihat dapat meminggirkan bahasa Kebangsaan yang mana bermula pada tahun 1990-an, dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan mendadak akibat daripada tekanan globalisasi .


Image result for people CARTIIN
      3. SIKAP MASYARAKAT
Sekiranya sebelum ini, faktor-faktor luaran diketengahkan sebagai cabaran dalam memartabatkan bahasa kebangsaan, namun sebenarnya apa yang lebih penting adalah sikap warganegara Malaysia untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini tidak kiralah daripada sikap golongan elit dan bukan elit, dari pembuat dasar sehinggalah kepada rakyat jelata. Bahasa kebangsaan dilihat sebagai bahasa yang tiada nilai komersil dan penggunaan bahasa Inggeris lebih dilihat untuk membezakan taraf seseorang individu dengan individu lain ini.
Malahan kaum Melayu sendiri kini dilihat lebih mengagungkan bahasa asing berbanding bahasa ibunda mereka ini sendiri. Sesungguhnya, jika bukan kerana orang Melayu, terutamanya elit politik Melayu yang menyokong perubahan dasar bahasa di negara ini, memang sukar dasar satu bahasa untuk diubah dengan senang (Tan Yao Sua, 2010: 133). Hal ini akan menyebabkan berlakunya “kebocoran bendung budaya” dalam kalangan orang Melayu dan seterusnya mengalami krisis keyakinan diri dan hilangnya kreativiti untuk mencipta produk intelektual.



                                            DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM TAJUK : MEMBUDAYAKAN BAHASA MALAYSIA...